HANOI, 18 Mei - Pada hari ke-6 saingan recurved menyaksikan kem memanah negara menghadiahkan 1 Perak dan 2 gangsa masing-masing menerusi Khairul Anuar Mohamad dan Syaqiera Mashayikh dalam acara campuran serta individu lelaki dan wanita.
Pada aksi di Pusat Latihan Sukan Nasional di sini, pasangan negara yang memulakan aksi dengan baik berdepan gandingan Indonesia Riau Salsabilla Ega Agata-Reza Octavia gagal mengekalkan momentum sebelum tewas 2-6 sekali gus membawa pulang perak.
Pingat gangsa acara itu menjadi milik wakil Vietnam Thi Anh Nguyet Do-Van Linh Nong yang melakar kemenangan 5-3 ke atas Jason Emmanuel Feliciano Zuleuta-Pia Elizabeth Angel Bidaure Marino dari Filipina.
(Acara memanah)
Bagi Khairul Anuar, tidak timbul istilah terlalu yakin selepas mencipta panahan sempurna diawal saingan namun mengakui ia sedikit sebanyak mengubah pendekatan yang akhirnya membawa padah.
Untuk rekod dalam acara Recurve, skuad negara sebelum ini membawa pulang 1 perak dan 1 gangsa menerusi recurve berpasukan lelaki dan recurve berpasukan campuran pada edisi di Manila.