KUCHING, 27 September - Satu lagi pingat emas berjaya diraih kontinjen Sarawak menerusi acara lelaki 5,000 meter (m) jalan kaki pada temasya Sukan Borneo 2025.
Kemenangan diperoleh Mohamad Farish Yazid Mohamad selepas mencatatkan masa 27 minit 21.39 saat 9 (s).
Sekali gus menambah kutipan pingat emas Sarawak dalam temasya sukan kali ini.
Pingat perak dan gangsa juga milik atlet Sarawak iaitu menerusi Muhammad Niq Aizad Mohamad (28:31.88) dan Eldysean Luyoh Anak Edwin (30:17.56).