fb fb fb fb fb

Sukan AUG 2022: Kem badminton sahkan satu lagi pingat emas

(Skuad badminton bersama ketua jurulatih badminton negara Datuk Rashid Sidek menyinar di AUG/FOTO Sukan IPT)

UBON RATCHATHANI, 30 Julai - Skuad badminton mengesahkan satu pingat emas pada aksi final esok selepas dua wakil negara bertemu sesama sendiri dalam acara beregu wanita.

Selain itu, kontinjen negara berpeluang menambah tiga lagi pingat emas selepas mempunyai wakil dalam acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran.

Dua beregu wanita negara, Teoh Lexuan-Yap Rui Chen dan Desiree Siow-Ng Qi Xuan terlebih dahulu lolos ke pentas final pada aksi yang berlangsung di Stadium Badminton Kampus utama Universiti Ubon, Ratchathani Rajabhat.

Gandingan Teoh Lexuan-Yap Rui Chen menumpaskan lawan dari Indonesia Nahla Aufa Dhia Ulhaq-Elizabeth Jovita 21-6,21-12.

Manakala gandingan Desiree Siow-Ng Qi Xuan dipaksa bekerja keras sebelum dapat menjinakkan wakil tuan rumah, Sasikarn Piyawat-charavijit-Pornnicha Suwatnodom 21-13,19-21,21-15 dalam tempoh 48 minit.

(Rozain Faiz akan bersaing esok bagi perseorangan lelaki/FOTO Sukan IPT)

Selain itu, beregu lelaki negara, Ameer Amri Zainuddin-Mohammad Faris Zaim tidak berdepan masalah menundukkan lawan dari Singapura dengan straight set.

Selain itu, wakil negara yang akan bersaing esok adalah perseorangan lelaki Rozain Faiz dan beregu campuran Kok Xian Tan-Desiree Siow.

Kem badminton negara juga meraih satu pingat gangsa melalui perseorangan lelaki disebabkan lawan menarik diri dalam aksi separuh akhir.

Media Baharu