fb fb fb fb fb

Sukan AUG 2022: Ameer, Faris tekad bawa pulang emas

(Ameer Amri Zainuddi/FOTO FB Ameer Amri)

UBON RATCHATHANI, 30 Julai - Beregu badminton lelaki negara, Ameer Amri Zainuddin bertekad mahu menghadiahkan pingat emas sebagai kenangan terakhirnya di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 kali ini.

Jelas Ameer yang berusia 24 tahun, ini merupakan penampilan pertama dan terakhirnya di temasya kali ini.

Bagi Mohammad Faris pula, dia menjangkakan pertarungan sengit menentang lawan dari Indonesia esok

Mereka akan bertemu gandingan Reza Dwicahya - Muhammad Nendi Novatino kira-kira pukul 12 tengah hari esok waktu tempatan.

Media Baharu