fb fb fb fb fb

Sukan AUG 2022 - 'Saya datang untuk pingat emas' - Philippa

Atlet lawan pedang negara, Philippa Jean Ong Ziyi meraih pingat emas dalam acara
foil individu wanita pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di Menara Sunee, petang tadi/FOTO FB Sukan IPT)

UBON RATCHATHANI, 30 Julai - 'Saya datang dengan satu misi untuk mendapatkan pingat emas'.

Itu kesungguhan atlet lawan pedang negara, Philippa Jean Ong Ziyi, 18, yang akhirnya berjaya menewaskan wakil Thailand, Doungpattra Sasinpat, 15-10 bagi kategori Foil Individu Wanita.

Pada aksi yang berlangsung Sunee Tower, pemain nombor satu negara itu mendapat saingan hebat dari Doungpattra yang juga medalists Sukan SEA Vietnam 2021.

Namun sorakan pada daripada rakan sepasukan serta kontinjen yang hadir, Philippa berjaya menamatkan perlawanan dengan keputusan 15-10 sekali gus merealisasikan impiannya untuk menjulang pingat emas kali ini.

"Saya percaya perasaan itu lega kerana saya datang ke sini dengan satu misi sahaja iaitu untuk memenangi emas dalam acara wanita foil, saya sempat menangis sebentar tadi di padang kerana saya sangat lega.

"Ini merupakan pencapaian saya, jadi saya sangat gembira mengenai kemenangan hari ini," katanya dengan sebak.


(PHILIPPA (kiri) ketika beraksi menentang atlet Thailand di pentas final acara foil individu wanita di AUG 2022/FOTO Sukan IPT)

Kemenangan ini juga berjaya mengubati kekecewaan gagal menghadiahkan pingat di temasya Sukan SEA di Vietnam.

"Selepas ini saya akan cuba untuk bersaing dalam acara berpasukan epee dan sabre. Ini kali pertama saya bersaing bagi acara itu dan saya akan buat yang terbaik," kata pelajar Universiti Taylor itu.

Media Baharu