fb fb fb fb fb

ACLE: Sharjah cipta kejutan, Al-Ahli tewas di laman sendiri

Foto REUTERS

JEDDAH, 25 November – Al-Ahli dari Arab Saudi mengalami kekalahan 0-1 kepada Sharjah FC dari Emiriah Arab Bersatu dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elite di laman sendiri, sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah juara bertahan itu sejak April 2021.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Ousmane Camara pada minit ke-81 selepas menerima hantaran Luanzinho, ketika Matthias Jaissle melakukan rombakan dalam barisan pemainnya.

2511 SKN LNR SOCCER AFCCHAMPIONS AHL 2Ousmane Camara/REUTERS

Jaissle merehatkan beberapa pemain utama termasuk penjaga gol Edouard Mendy, pemain tengah Franck Kessie dan penyerang Ivan Toney, sebelum gawang mereka akhirnya dibolosi pada penghujung permainan.

Dengan kekalahan itu, Al-Ahli berada di tangga ketiga selepas lima perlawanan dalam liga 12 pasukan, dua mata di belakang pendahulu Al-Hilal yang dijadual menentang Al-Shorta dari Iraq pada Selasa.

Lapan pasukan terbaik akan layak ke pusingan kalah mati pada Mac, manakala saingan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan berlangsung di venue berpusat di Arab Saudi pada April. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN