fb fb fb fb fb

Sukan AUG 2022: Atlet berkongsi cabaran dialami ketika beraksi

(Penampilan sulung Wan Muhammad Fazri Wan Zahari dalam acara larian 800 meter lelaki/FOTO Sukan IPT)

UBON RATCHATHANI (THAILAND), 30 Julai - Atlet olahraga, Savinder Kaur Jogindr Singh berkongsi keperitan dan rintangan sebelum merekodkan emas sulung peribadi di temasya berkenaan.

Atlet dari Universiti Malaya itu berkata dia mengalami masalah diarea yang kritikal, sebelum memulakan saingan larian 800 meter wanita.

"Namun semua masalah itu lenyap selepas melepasi garisan penamat dengan memperbaiki catatan peribadi 2 minit 8.85 saat," kongisnya.

(Savinder Kaur Jogindr Singh rekod catatan peribadi 2 minit 8.85 saat/FOTO Sukan IPT)

Lain pula kisah buat Wan Muhammad Fazri Wan Zahari yang bertanding untuk acara sama bagi kategori lelaki.

"Pingat emas ini menjadi pemangkin semangat kepada saya selepas kegagalan melayakkan diri ke Sukan SEA baru-baru ini, peluang ini saya gunakan sebaik mungkin," katanya kepada RTM.

Wan Muhammad Fazri juga berjaya memperbaiki rekod peribadi, 1 minit 54.82 saat pada penampilan sulungnya di temasya ini.

Media Baharu