fb fb fb fb fb

Stephane Demol meninggal dunia akibat serangan jantung

(Foto RSC Anderlecht)

BRUSSELS, 23 Jun- Stephane Demol, pemain pasukan Belgium yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 1986 meninggal dunia semalam.

Kelab Anderlecht berkata mendiang berusia 57 tahun itu meninggal dunia akibat serangan jantung di sini.

"Demol bermula di kelab kami.

"Beliau telah bermain untuk pelbagai kelab termasuk Bologna, Porto, Toulouse, Standard Liege dan Toulon.

"Kelab ini dan kelab bola sepak Belgium secara keseluruhan akan sentiasa merindui Demol," katanya menerusi kenyataan.

Mendiang adalah penolong jurulatih pasukan kebangsaan Rene Vandereycken antara tahun 2005 hingga 2008.

Beliau tidak mempunyai kelab sejak tahun 2016. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu