fb fb fb fb fb

Liga Super : Perak FC terus kempunan

(FOTO RTM)

IPOH, 24 Jun-Hasrat Perak FC bagi mencipta kemenangan pertama di bawah kendalian Yusri Che Lah masih tidak kesampaian apabila tewas 2-1 di tangan PDRM FC malam tadi.

Pada saingan yang berlangsung di Stadium Perak itu, kedua-dua pasukan menunjukkan penguasaan seimbang pada babak pertama dengan saling berbalas serangan. Namun, kedua-dua pasukan gagal menghasilkan gol bagi menamatkan babak pertama dengan 0-0.

Memasuki babak kedua, PDRM bertindak garang dengan kerap kali melakukan serangan ke kubu tuan rumah.

Permainan agresif PDRM membuahkan hasil apabila pemain importnya, Uche Agaba berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-50.

Berselang enam minit kemudian, Perak FC dihukum lagi dengan gol kedua pasukan pelawat menerusi Nabil Latpi yang berjaya menewaskan penjaga gol Perak, T.Shaheeswaran.

Ketinggalan dua gol menyebabkan pasukan Perak FC menggandakan asakan bagi memburu gol.

Hasilnya, pada minit ke-72, Perak FC berjaya mendapat gol saguhati melalui jaringan sendiri James Okwuosa yang tertampan bol ke gawang sendiri.

Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, Pengendali PDRM FC,Eddy Gapil @ Edwin menganggap isu ketiadaan jurulatih, Azzmi Aziz yang direhatkan tidak menganggu permainan pasukan tersebut dan memuji anak-anak buahnya yang bermain dengan baik.

"Bukan mudah menentang pasukan Perak FC. tapi kita bermain sebagai sebuah keluarga dan itu merupakan resepi kejayaan kita", katanya yang ditemui selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah, menyifatkan kekurangan pemain Import serta kecederaan pemain utama menyebabkan pasukan itu kini semakin ktinggalan.

"Pemain-pemain utama banyak mengalami kecederaan. Malah kita kekurangan tenaga import.

"jadi saya berharap agar kekurangan tersebut dapat diatasi menjelang pembukaan jendala perpindahan pemain kedua nanti.

"Selepas ini saingan akan lebih sengit dengan perlawanan menentang Kelantan FC dan Kuching FC, dan kita tidak mahu keciciran mata lagi", jelas Yusri.

Kemenangan tersebut mengukuhkan kedudukan 'The Cops' yang melonjak ke kedudukan ketujuh liga, manakala Perak FC kekal terperosok di tangga ke-11.


(Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah/FOTO RTM)

Media Baharu