fb fb fb fb fb

Badminton: Pearly semakin pulih

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 24 Jun-Pemain beregu wanita utama negara Pearly Tan bakal kembali menjalani latihan minggu depan.

Dia yang sebelum ini mengalami kecederaan di bahagian siku ketika menyertai Terbuka Singapura awal bulan ini.

Menurut Jurulatih beregu wanita, Hoon Thien How, kecederaan dialami Pearly itu semakin pulih dan mampu untuk menyambung latihan bersama gandingannya M. Thinaah menjelang Terbuka Korea 2023, Julai depan.

Pada 7 Jun, Pearly-Thinaah menarik diri pada pusingan pembukaan Terbuka Singapura semasa menentang pasangan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di set ketiga, disebabkan kecederaan Pearly ketika pasangan Jepun itu mendahului 16-9.

Pearly-Thinaah tewas set pertama 13-21 namun pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 itu kembali untuk menang set kedua, 21-17.

Kecederaan tersebut turut menyebabkan juara Terbuka Perancis 2022 itu menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023, pada 13 Jun lepas.


(FOTO RTM)

Media Baharu