fb fb fb fb fb

AS tuan rumah Piala Dunia Kelab 2025

(FOTO AFP)

ZURICH, 24 Jun-Amerika Syarikat diumum sebagai tuan rumah Piala Dunia Kelab pada 2025.

Perkara tersebut disahkan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut Presiden FIFA, Gianni Infantino, pemilihan Amerika Syarikat sebagai negara tuan rumah adalah keputusan tepat sekiranya mahu memulakan kejohanan baharu di peringkat global.

Pada penganjuran di Amerika Syarikat itu nanti, penyertaan akan diperluaskan kepada 32 pasukan, berbanding hanya tujuh pasukan sebelum ini.

FIFA turut memaklumkan bahawa kejohanan itu akan berlangsung setiap empat tahun, sama seperti Piala Dunia.

Sebelum ini,Amerika Syarikat turut diumum sebagai tuan rumah Piala Dunia 2026 bersama Kanada dan Mexico.


(Presiden FIFA, Gianni Infantino/FOTO AFP)

Media Baharu