MEXICO CITY, 11 November – Mexico menegaskan komitmennya untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2026 yang selamat dan meriah, apabila Presiden Claudia Sheinbaum bersama pegawai FIFA membentangkan perkembangan persiapan negara itu.
Pengarah Eksekutif FIFA di Mexico, Jurgen Mainka berkata persiapan tersebut melibatkan penyelarasan rapi antara kerajaan persekutuan dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan langkah keselamatan dilaksanakan secara menyeluruh.
“Perancangan ini telah dijalankan selama tiga tahun dengan matlamat mewujudkan persekitaran yang selamat untuk penyokong, pasukan serta pengadil,” katanya.
Langkah itu turut merangkumi usaha menangani kebimbangan terhadap insiden keganasan di stadium domestik sebelum ini, bagi memastikan kejohanan berprestij itu dapat berlangsung dengan lancar dan penuh semangat sukan. -REUTERS