fb fb fb fb fb

Spurs peruntuk £150 juta, perkuat pasukan hadapi musim baharu

(Antonio Conte/REUTERS)

LONDON, 25 Mei - Pemilik kelab Tottenham Hotspur memperuntukkan £150 juta (AS$188 juta) bagi membolehkan pengurus pasukan, Antonio Conte memperkuat skuadnya bagi menghadapi cabaran musim baharu.

Spurs mengesahkan tempat dalam saingan Liga Juara Eropah musim depan setelah menumpaskan Norwich 5-0 dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeri pada Ahad lepas, sekali gus mengesahkan kedudukan keempat liga domestik.

Pemegang saham majoriti kelab, ENIC berkata dana itu akan ditambah kepada hasil kutipan tiket dan imbuhan kewangan yang diterima daripada kejayaannya kembali ke Liga Juara Eropah selepas dua tahun tidak mengambil bahagian.

Pengarah bola sepak Tottenham, Fabio Paratici dilapor akan terbang ke Itali untuk berbincang dengan Conte mengenai enam pemain yang berpotensi untuk menyertai Spurs.

 (Spurs peruntuk £150 juta, perkuat pasukan hadapi musim baharu/GOOGLE)

“Kami perlu memperkuat pasukan sedia ada,” kata Conte selepas perlawanan menentang Norwich.

"Musim depan liga akan menjadi sangat sukar untuk semua pasukan. Dengan lima pemain simpanan anda boleh menukar perlawanan.

“Untuk menjadikan pemain di bangku simpanan kuat seperti pasukan teratas, seperti Manchester City, Chelsea, Manchester United dan Liverpool, anda perlu memperkuatkan skuad dalam aspek kualiti dan aspek lain,' katanya. -AFP

Media Baharu