fb fb fb fb fb

EPL lulus pembelian Chelsea

LONDON, 25 Mei- Cadangan Todd Boehly untuk mengambil alih Chelsea, semakin hampir untuk dimuktamadkan, hari ini.

Ia selepas Lembaga Pengarah Liga Perdana Inggeris (EPL) mengumumkan meluluskan pembelian kelab London itu oleh konsortium Todd Boehly/Clearlake.

Konsortium diketuai Boehly, pemilik bersama kelab besbol Los Angeles, Dodgers 7 Mei lalu, telah bersetuju dengan perjanjian pembelian £4.25 bilion daripada pemiliknya yang merupakan jutawan Rusia, Roman Abramovich.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada lesen pembelian yang dikeluarkan kerajaan Britain dan transaksi yang memuaskan.

(Foto fail / AFP)

Abramovich mula meletakkan Chelsea di pasaran pada awal Mac, selepas mendapat kebenaran kerajaan British setelah berdepepan isu pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Pembelian itu kelab itu menjalani proses yang panjang berikutan kebimbangan kerajaan terhadap potensi Abramovich mendapat keuntungan daripada penjualan itu.

Jumlah nilai perjanjian itu memecahkan rekod sebelumnya untuk penjualan pasukan sukan iaitu AS$2.4 bilion bagi francais besbol New York Mets pada 2020. -AFP

Media Baharu