fb fb fb fb fb

Matthew Davies cuba 'beli jiwa' Pan Gon

KUALA LUMPUR, 25 Mei- Pemain pertahanan kanan Harimau Malaya, Matthew Davies mahu cuba memikat hati ketua jurulatih baharu, Kim Pan Gon bagi menjamin tempatnya dalam skuad utama.

Menurutnya, pengalaman selama tujuh tahun sebagai pemain turut memberi keyakinan kepadanya untuk membuktikan kemampuan sebenar, sekali gus mendapatkan kepercayaan Pan Gon menyarung jersi skuad kebangsaan.

Davies turun menjalani latihan di bawah kendalian Pan Gon buat kali pertama selepas disenaraikan dalam kem latihan pusat menjelang saingan kelayakan Piala Asia 2023 bulan depan. 

Pemain yang beraksi buat pasukan Johor Darul Takzim itu mengakui, tidak berdepan masalah untuk berlatih di bawah bimbingan pengendali dari Korea Selatan tersebut yang pastinya berbeza dengan jurulatih terdahulu Tan Cheng Hoe. 

(Pemain pertahanan kanan Harimau Malaya, Matthew Davies /BERNAMA)

Tambah pemain kacukan Australia-Malaysia itu, selepas beberapa hari menjalani latihan, ia berjaya memberi tanggapan yang positif terhadap kemampuan yang dimiliki Pan Gon.

Dalam pada itu, Davies juga percaya skuad Harimau Malaya akan tampil dengan aksi lebih baik dalam kempen kelayakan nanti, sekali gus memenangi semula sokongan para penyokong tanah air.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Brunei dan Hong Kong bagi aksi pemanas badan sebelum memulakan cabaran kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 hingga14 Jun depan.

Dalam itu, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E akan berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh pada 14 Jun depan.

Media Baharu