AUSTRALIA, 24 April - Skuad hoki lelaki negara mencatat kekalahan kedua dalam siri ujian antarabangsa dengan Australia petang tadi.
Selepas tewas 0-3 pada aksi pertama kelmarin, skuad kendalian A. Arul Selvaraj itu kali ini dibelasah 7-0 pada aksi di Stadium Hoki Perth.
Turun berdepan pasukan nombor satu dunia, skuad negara mula ketinggalan seawal minit ke-5 hasil jaringan padang Jack Welch.
Nathan Ephraums menambah gol kedua pada minit ke-11, diikuti Joshua Simmonds (minit ke-27) dan jaringan peribadi kedua Welch (minit ke-29).
(Skuad Senior Lelaki Kebangsaan terpaksa akur tewas 0-7 kepada Australia/FOTO FB MHC)
Skuad 'The Kookaburras' itu kemudian menambah dua lagi gol menerusi Blake Govers pada minit ke-34 dan 51 sebelum Jacob Anderson menutup permainan dengan gol ketujuh pada minit ke-59.
Ini kekalahan terbesar skuad negara kepada Australia.
Skuad 'The Speedy Tigers' akan meneruskan siri ujian antarabangsa ketiga Selasa ini sebelum aksi terakhir pada 28 April ini.