IMOLA, 24 April - Juara dunia, Max Verstappen akan bermula di petak hadapan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Emilia Romagna malam ini selepas pemandu Red Bull itu mengungguli saingan pecut di sesi kelayakan.
Kejayaan Verstappen memenangi saingan pecut sesi kelayakan tersebut menyaksikan dia mengutip lapan mata.
Dia bagaimanapun masih ketinggalan 46 mata di belakang pemandu Ferrari, Charles Leclerc.
Leclerc yang mendahului kejuaraan pemandu dunia dengan 71 mata, berada di petak kedua diikuti Sergio Perez di petak ketiga buat Red Bull.
(Lewis Hamilton memulakan perlumbaan pecut di litar perlumbaan di Imola, Itali, pada Sabtu/FOTO AFP)
Seorang lagi pemandu Ferrari, Carlos Sainz yang menduduki tempat kedua keseluruhan, bermula di petak keempat.
Juara dunia lapan kali, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes pula akan bermula di petak ke-14 manakala rakan sepasukan George Russell pula di petak ke-11.