BELGRADE, 24 April - Pemain nombor 1 dunia, Novak Djokovic sekali lagi dipaksa bangkit sebelum mengalahkan Karen Khachanov dari Rusia 4-6, 6-1, 6-2, sekali gus mara ke final Terbuka Serbia.
Djokovic sebelum ini tewas di set pertama dalam dua perlawanan terdahulu di pusingan 16 terakhir dan suku akhir.
Pemain berusia 35 tahun itu sekali lagi mengharungi badi yang sama sebelum bangkit di set kedua dan ketiga untuk menewaskan Khachanov di separuh akhir.
Kemenangan itu menyaksikan Djokovic berpeluang menjulang gelaran ketiga kejohanan ini selepas menjuarainya pada 2009 dan 2011.
Djokovic akan berdepan bintang Rusia, Andrey Rublev di pentas final.
Sementara itu, Rublev pula mara setelah menyingkirkan Fabio Fognini dari Itali di separuh akhir.
Pemain nombor 8 dunia itu beraksi cemerlang untuk menang mudah 6-2, 6-2 ke atas Fognini dalam tempoh 62 minit.
Ini kali pertama Rublev mara ke final dan berpeluang merangkul gelaran juara kejohanan tersebut.
(Djokovic meraikan kemenangannya menentang pemain Rusia, Karen Khachanov
pada penghujung perlawanan separuh akhir kejohanan ATP 250 Tenis Terbuka Serbia pada Sabut/FOTO AFP)