fb fb fb fb fb

Sonia Bermudez ganti Montse Tome sebagai jurulatih pasukan wanita Sepanyol

Ketua jurulatih bola sepak wanita Sepanyol, Montse Tome/Foto REUTERS

MADRID, 12 Ogos – Jurulatih pasukan bola sepak wanita Sepanyol, Montse Tome, akan melepaskan jawatannya selepas kontraknya tamat pada 31 Ogos ini, menurut Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) pada Isnin.

Ini susulan kekalahan kepada England di pentas akhir Euro 2025. Sonia Bermudez, pengendali skuad wanita Bawah-23 tahun, dilantik sebagai pengganti.

Meskipun membawa Sepanyol ke perlawanan akhir Kejohanan Eropah di Switzerland bulan lalu dan pernah menjuarai Liga Negara-Negara UEFA 2023-24, RFEF memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Tome.

Keyakinan terhadap kepimpinannya terjejas selepas kempen hambar di Sukan Olimpik Paris yang menyaksikan pasukan gagal meraih pingat, diikuti kekalahan menerusi penentuan penalti di Euro.

“Lembaga Pengarah… ingin mengucapkan terima kasih kepada Montse Tome atas kerja, profesionalisme dan dedikasinya dalam pelbagai peranan sepanjang bersama pasukan kebangsaan di RFEF, khususnya sebagai ketua jurulatih skuad wanita senior,” kata kenyataan rasmi badan induk itu. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD