fb fb fb fb fb

Atletico Madrid ikat Raspadori daripada Napoli

Penyerang Itali, Giacomo Raspadori /Foto REUTERS

MADRID, 12 Ogos – Atletico Madrid mengumumkan perpindahan penyerang Itali, Giacomo Raspadori, dari Napoli dengan kontrak lima tahun.

Media Itali melaporkan nilai keseluruhan perpindahan mencecah 26 juta Euro atau (AS$30.14 juta).

Raspadori memulakan karier bersama Sassuolo sebelum menyertai Napoli secara pinjaman pada 2022.

Pada musim pertamanya, beliau membantu kelab itu menjulang gelaran Serie A, dengan perpindahan kekal disahkan pada akhir musim tersebut.

Pemain berusia 25 tahun itu meraih Scudetto keduanya bersama Napoli musim lalu, namun kebanyakan penampilannya hadir sebagai pemain gantian.

Sepanjang 88 perlawanan liga, beliau menjaringkan 13 gol.

Raspadori juga merupakan anggota skuad Itali yang menjuarai Euro 2020, dan setakat ini telah menjaringkan sembilan gol dalam 40 penampilan antarabangsa. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD