fb fb fb fb fb

Georgina Rodriguez umum bertunang dengan Cristiano Ronaldo

Georgina Rodriguez mengumumkan pertunangannya dengan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, pada Isnin./Foto REUTERS

LISBON, 12 Ogos – Georgina Rodriguez mengumumkan pertunangannya dengan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, pada Isnin.

Model kelahiran Argentina itu berkongsi gambar cincin di jarinya dengan kapsyen: “Yes I do. In this and in all my lives” (Ya, saya terima. Dalam kehidupan ini dan semua kehidupan saya).

Pasangan berkenaan mula menjalinkan hubungan sejak 2016 selepas dilaporkan bertemu di sebuah butik Gucci di Madrid ketika Ronaldo bermain untuk Real Madrid.

Mereka kini mempunyai tiga orang anak.

Ronaldo baru-baru ini memperbaharui kontraknya bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr, untuk dua musim lagi.

Arab Saudi dilaporkan telah melonggarkan undang-undang yang melarang pasangan belum berkahwin tinggal bersama ketika pemenang lima kali Ballon d’Or itu menyertai kelab Riyadh pada 2023. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD