SUNGAI BESI, 3 Julai- Skuad menembak negara optimis mampu mempamerkan aksi terbaik dalam kejohanan menembak dunia di Changwon,Korea yang akan berlangsung minggu depan.
Keyakinan itu disuarakan penembak negara, Nurul Syasya Nadiah Ariffin.
Jelas beliau, antara persiapan bagi menghadapi kejohanan tersebut adalah dengan menyertai pelbagai pertandingan dalam negara.
"Setakat ini saya cuma nak belajar nak 'adapt' persekitaran sebab ini pun kejohanan dunia yang pertama, jadi macam tak mengharap (kemenangan) sangat cuma kalau ada rezeki dapat masuk final pun dah bersyukur," katanya
Nurul Syasya ditemui pemberita pada aksi Kejohanan Menembak 10 Meter Antara Instituti Pengajian Tinggi (IPT) dan Jemputan Kebangsaan kali ke-6 di Univervisiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM).
Dalam pertandingan itu beliau memperoleh tempat kedua.
(Penembak negara, Nurul Syasya Nadiah Ariffin)