KUALA LUMPUR, 3 Julai- Pemain nombor satu dunia, Victor Axelsen menepati ramalan apabila menjuarai perseorangan lelaki kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 selepas menewaskan Kento Momota dari Jepun 21-4, 21-7.
Ia juga adalah kali pertama pemain dari Denmark itu menjuarai Terbuka Malaysia sepanjang kariernya.
Dalam perlawanan tersebut, Axelsen hanya memerlukan 34 minit untuk menumbangkan Momota dari Jepun yang berada pada ranking kedua dunia.
(Aksi Axelsen ketika menentang Kento Momota pada perlawanan akhir
perseorangan lelaki Terbuka Malaysia 2022)
Menurut Axelsen, pengalaman bermain menentang jaguh bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei, Lin Dan dan Chen Long banyak memberikan pengalaman berharga buatnya.
Kemenangan Axelsen yang juga juara Olimpik Tokyo 2020 di pentas final itu menyaksikan dia menamatkan penguasaan pemain Asia menjuarai kejohanan itu sejak kali terakhir pemain Eropah memenanginya menerusi Peter Gade dari Denmark pada edisi 2007.