fb fb fb fb fb

Rexy berang pemain beregu lelaki kurang beri tentangan sengit

KUALA LUMPUR, 3 Julai- Kekalahan pemain beregu lelaki negara pada kempen Badminton Terbuka Malaysia 2022 jelas mengundang kemarahan
Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky.

Tegas beliau pemain kini perlu lebih kreatif dalam aksi kompetitif selain merawat segera ‘penyakit’ kecundang di peringkat separuh akhir dan final kejohanan.

Jelas Rexy, beregu nombor satu Aaron Chia-Soh Wooi Yik mampu memberi saingan dan menewaskan pemain handal di peringkat awal, tetapi kerap kali tewas apabila sampai ke peringkat separuh akhir.

"Setapi ini memang harus kita selesaikan, kenapa pemain kita makin dekat ke gelaran itu hal-hal yang ada dalam fikiran mereka saya tak tahu, main tiada idea," katanya.

(Rexy Mainaky, Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM) 

Dalam aksi separuh akhir Terbuka Malaysia semalam, Aaron-Wooi Yik sudah mendahului 18-14 pada set pertama menentang Juara Dunia 2021 dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, namun tewas 21-23, 9-21.

Satu lagi beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula seolah-olah ketandusan idea untuk membaiki kedudukan mereka ketika menentang Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Media Baharu