fb fb fb fb fb

NSFC kecundang di Paroi

(Pemain Negeri Sembilan Matheus Alves (dua, kiri) dikawal oleh pemain Sabah FC Tommy Mawat pada
perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam tadi/BERNAMA)

SEREMBAN, 4 Julai- Negeri Sembilan FC (NSFC) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila kecundang 0-1 di tangan Sabah FC dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

Percubaan tepat Negeri Sembilan ke arah pintu gol Sabah hadir pada minit keenam menerusi percubaan lerek Matheus Alves namun berjaya ditangkap kemas penjaga gol pelawat, Khairul Fahmi Che Mat.

(Penjaga gol Sabah FC Khairul Fahmi (kanan) mengawal gawangnya dari serangan pemain Negeri Sembilan
pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam tadi/BERNAMA)

Sabah berjaya memecah kebuntuan pada separuh masa kedua permainan menerusi gol Taesu Park pada minit ke-61.

Gol itu berpunca daripada sepakan bola mati oleh Jackson De Souza dari jarak kira-kira 40 meter dan bola berkenaan ditanduk kemas Taesu ke dalam gawang NSFC.

Sehingga wisel penamat, keduduan kekal NSFC-0, Sabah FC-1.

Media Baharu