fb fb fb fb fb

Skuad karate negara pulang dengan kebanggaan

SEPANG, 21 Mei - Skuad Karate Kebangsaan selamat sampai ke tanah air pukul 5.30 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).

Kepulangan skuad kebangsaan itu tiba dari Hanoi dirai peminat dan kakitangan Majlis Sukan Negara (MSN) termasuk ahli keluarga mereka.

Seramai 93 Atlet-atlet Sukan SEA Hanoi yang turut sama tiba di KLIA terdiri dari pasukan futsal lelaki dan wanita, pasukan bola tampar pantai dan skuad ping pong.

Pada Jumaat lalu, skuad karate menewaskan Indonesia pada saingan final menerusi acara kumite berpasukan lelaki dibarisi S Prem Kumar, Sureeya Sankar dan R Sharmendran. Lebih bermakna, bukan sahaja menghadiahkan pingat emas ke-36 kepada kontinjen negara malah skuad karate turut menamatkan kemarau 29 tahun kilauan emas dalam acara kumite berpasukan lelaki pada temasya Sukan SEA.

(Skuad karate negara tiba di KLIA)

Menurut Sharmendran kemenangan tersebut merupakan hadiah yang bermakna buat negara kerana berjaya menamatkan kemarau emas setelah 29 tahun.

Media Baharu