fb fb fb fb fb

Skuad gimrama tamatkan saingan dunia di kedudukan ke-21

Gimnas negara mengumpul 40.850 mata selepas melengkapkan kesemua disiplin reben, gelung dan bola. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Ogos - Skuad gimrama negara menamatkan saingan di tempat ke-21 dalam acara all-around berpasukan pada Kejohanan Dunia ke-41 di Rio de Janeiro, Brazil semalam.

Malaysia yang dibarisi gimnas Lim Xian Yar, Valerie Ng Zi Yi, Maia Ong Xiao Han, Bernice See Qin Nin, Victoria Tan dan Chloe Yap Chun Li mengumpul 40.850 mata selepas melengkapkan kesemua disiplin reben, gelung dan bola.

Pasukan Jepun menampilkan aksi memukau apabila meraih 55.550 mata untuk membawa pulang pingat emas diikuti tuan rumah yang mengutip 55.250 mata untuk perak.

Sepanyol pula mengumpul 54.750 mata untuk merangkul gangsa dalam kejohanan yang disertai 36 negara itu. - Bernama

JALALUDDIN BIN BAHARIN