fb fb fb fb fb

Gol sendiri selamatkan Barcelona daripada dimalukan

Pemain Barcelona meraihkan kemenangan sewaktu berdepan Levante awal pagi tadi. Foto AFP

VALENCIA, 24 Ogos - Barcelona bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengatasi Levante 3-2 pada aksi La Liga awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, penyerang Levante, Ivan Romero membuka tirai gol seawal minit ke-15 diikuti gol kedua yang dijaringkan Jose Morales menerusi sepakan penalti pada waktu kecederaan babak pertama.

Pada babak kedua, Barcelona mula mengatur serangan dan berjaya meledakkan gol pertama dari luar kotak penalti oleh pemain tengah Pedri pada minit ke-49.

Juara bertahan itu berjaya menyamakan kedudukan selang tiga minit kemudian hasil sepakan kencang penyerang Ferran Torres, berpunca daripada sepakan sudut.

Ketika perlawanan memasuki waktu kecederaan, skuad bimbingan Hansi Flick itu meraih gol ketiga hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Unai Elgezabal.

Kemenangan membolehkan Barcelona menghuni tangga pertama La Liga dengan enam mata- AFP

JALALUDDIN BIN BAHARIN