LONDON, 24 Ogos- Viktor Gyokeres menjaringkan dua gol pertamanya bersama skuad The Gunners untuk membantu Arsenal membelasah Leeds United 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Pendatang baharu yang juga pemain pertahanan Arsenal, Jurrien Timber turut menjaringkan dua gol manakala Bukayo Saka (satu gol).
Dengan keputusan ini, skuad bimbingan Mikel Arteta menduduki puncak liga dengan enam mata sementara Leeds United berada di tangga ke-11.
Pada aksi selanjutnya, Arsenal akan berkunjung ke Anfield untuk bertemu Liverpool manakala Leeds dijadual berdepan Newcastle United. -AFP
