fb fb fb fb fb

EPL: Man City kecundang di tangan Spurs

Foto AFP

LONDON, 24 Ogos- Tottenham Hotspur meneruskan keunggulan bawah bimbingan Thomas Frank dengan merakam kemenangan 2-0 ke atas Manchester City di Etihad, hasil jaringan Brennan Johnson dan Joao Palhinha.

Spurs kini sudah memenangi tiga daripada lima kunjungan terakhir mereka ke stadium berprestij itu, sambil mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini selepas menewaskan Burnley 3-0 pada aksi pembukaan.

Spurs dan City berbalas peluang sebelum Johnson membuka tirai jaringan pada minit ke-35.

Penyerang Wales itu menerima hantaran Richarlison sebelum melepaskan rembatan kencang ke penjuru atas gawang.

Palhinha menambah derita City dalam masa kecederaan babak pertama.

Kesilapan besar penjaga gol baharu, James Trafford yang cuba bermain dari bawah dimanfaatkan Richarlison yang merampas bola sebelum melorongkannya kepada Palhinha.

Sepakan pemain Portugal itu terkena pertahanan tuan rumah lalu menerjah gawang untuk gol kedua Spurs.

Kemenangan ini semakin mengukuhkan reputasi Frank, dengan Spurs kelihatan lebih tersusun dan tajam berbanding musim lalu. - REUTERS

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello