fb fb fb fb fb

Skuad ekuestrian Australia ke Paris tanpa atlet veteran Hoy

Andrew Hoy ketika memenangi pingat gangsa di Olimpik Tokyo 2020

SYDNEY, 4 Julai- Atlet veteran ekuestrian Australia, Andrew Hoy terlepas peluang untuk membuat penampilan kesembilan di temasya Olimpik apabila tidak disenaraikan untuk ke Paris 2024.

Hoy, yang membuat penampilan sulung Olimpik di Los Angeles pada 1984, telah memenangi enam pingat di temasya dunia itu; tiga emas, dua perak dan satu gangsa.

Setakat ini, belum ada atlet Australia yang pernah ke lapan edisi sukan Olimpik.

Edisi yang kesembilan akan meletakkan atlet berusia 65 tahun itu bersama tiga atlet lain untuk mencapai kejayaan itu dengan ekuestrian Kanada Ian Millar satu-satunya atlet yang berjaya mara ke-10 sukan Olimpik.

"Selama bertahun-tahun dalam sukan kegemaran ini, saya telah mencapai prestai tahap tertinggi yang luar biasa dan tahap terendah yang dahsyat," kata Hoy di Instagram.

“Saya tidak akan menjadi atlet yang kompetitif jika saya tidak kecewa apabila tidak tersenarai ke Olimpik untuk pasukan Australia yang menuju ke Paris.

"Hal Paris 2024 ini mungkin akan ditutup, tetapi buku itu belum selesai. Kami teruja untuk melihat masa depan kami."

Tanpa Hoy, skuad ekuestrian Australia dibarisi Chris Burton, Shane Rose dan Kevin McNab, untuk acara utama manakala Edwina Tops-Alexander akan beraksi dalam acara show jumping.

Dressage dan show jumping akan berlangsung di Taman Diraja Istana Versailles, sekitar 20 kilometer (12.4 batu) dari Paris.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE