fb fb fb fb fb

Olimpik Paris 2024: Tanggungjawab besar dipikul Dhabitah

Atlet terjun negara, Dhabitah Sabri

KUALA LUMPUR, 5 Julai-Ketiadaan atlet terjun wanita lain ke Sukan Olimpik Paris 2024 disifatkan satu cabaran besar Nur Dhabitah Sabri.

Dhabitah membawa harapan besar selepas dipilih Persekutuan Renang Malaysia bagi mengisi slot tambahan Akuatik Dunia bagi acara 3 meter papan anjal individu wanita

Berlainan sebab saya rasa tekanan besar pada diri sendiri dan mungkin orang akan bagi tekanan tersebut terhadap saya memandangkan tiada wakil negara selain Bertrand Rhodict Lises memandangkan dia masih muda", katanya.

Dhabitah bagaimanapun enggan meletak sasaran tinggi di Olimpik kali ini agar tidak merasa tertekan.

Setakat ini, Dhabitah dan Bertrand Rhodict Lises adalah dua atlet terjun negara yang terpilih ke temasya Sukan Olimpik yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD