fb fb fb fb fb

Skuad B-23 jalani kem latihan di Bangkok sebelum aksi kelayakan Piala Asia

Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun Malaysia, Nafuzi Zain/Foto RTM

SEPANG, 18 Ogos - Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Nafuzi Zain menegaskan persiapan rapi sedang dilakukan menjelang saingan Kelayakan Piala Asia B-23 yang bermula 3 September depan.

Menurutnya, kem latihan pusat di Bangkok dari 18 hingga 31 Ogos memberi peluang terbaik buat pemain menyesuaikan diri selain menguji kemampuan melalui beberapa aksi persahabatan antarabangsa.

“Saya rasa kita mempunyai masa yang agak lama untuk mengadakan kem latihan di Bangkok dan juga perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan. Terima kasih kepada FAM atas perancangan baik ini serta kelab-kelab yang memberi kerjasama melepaskan pemain,” katanya ketika ditemui di KLIA sebelum berlepas ke Bangkok, pagi tadi.

Nafuzi turut memaklumkan kira-kira tujuh hingga lapan muka baharu yang menyerlah dalam saingan Liga Super dan Liga A1 telah dipanggil bagi memperkuatkan skuad negara sebelum senarai akhir dimuktamadkan.

Mengulas cabaran dalam Kumpulan F, Nafuzi mengakui pasukan negara bakal berdepan laluan sukar apabila diundi bersama Lubnan, Mongolia dan tuan rumah Thailand.

“sebagai perancangan persediaan ini di bangkok kita harap ini betul-betul pemain kita bersedia untuk menghadapi team-team yang kita tahu pasukan yang kuat seperti labanon, thailand dan juga mongolia bukan satu team yang mudah kita bekerja keras untuk membuat” jelasnya.

Skuad muda negara dijadualkan menentang Lubnan pada 3 September, Mongolia (6 September) dan Thailand (9 September).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD