fb fb fb fb fb

Skim bantuan khas Yakeb, 332 bekas atlet telah terima manfaat

SEBERANG JAYA, 15 Julai - Seramai 332 bekas atlet telah menerima manfaat dari Skim Bantuan Khas, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan nilai bantuan keseluruhan berjumlah lebih RM270,000.

Presiden Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata daripada jumlah itu, 11 daripadanya melibatkan bantuan untuk khairat kematian ahli serta pasangan mereka yang berjumlah RM28,000.

Selain itu beliau berkata, manfaat rawatan perubatan juga diberikan untuk ahli yang berdepan penyakit kritikal.

(Presiden Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed)

"Bagi kita di Yakeb sentiasa menghargai dan prihatin kepada bekas atlet dan juga keluarga mereka dan kita telah pergi ke tahap yang begitu kritikal dimana ramai bekas atlet kita menjalani rawatan perubatan, ada yang kritikal dan ada yang kanser dan sebagainya," katanya.

Noorul Ariffin ditemui pada majlis penyerahan bantuan khairat kematian untuk waris dua bekas atlet negara iaitu Allahyarham Safarrudin Mohd. Zain dalam sukan berbasikal serta Allahyarham Rahim Mohamad (bola sepak), di sini.

Bantuan tersebut disampaikan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Amar Afiq Harun.

Media Baharu