(Pemain Serbia Novak Djokovic (kiri) berjabat tangan dengan pemain Sepanyol Carlos Alcaraz semasa
sesi latihan menjelang perlawanan tenis separuh akhir perseorangan lelaki Wimbledon / AFP)
LONDON, 15 Julai -Carlos Alcaraz dan Novak Djokovic akan bersaing di final Wimbledon selepas mengharungi cabaran di separuh akhir.
Pemain nombor satu dunia dan juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Alcaraz, menewaskan Daniil Medvedev 6-3, 6-3, 6-3.
Djokovic, juara bertahan Terbuka Australia dan Terbuka Perancis, mara ke final kesembilannya di All England Club dan mencatatkan rekod ke-35 di Grand Slam dengan menewaskan Jannik Sinner 6-3, 6-4, 7-6 (7/4).
Esok, pemain nombor dua dunia berusia 36 tahun itu akan cuba menyamai rekod lapan kejuaraan Wimbledon yang dipegang Roger Federer dan rekod sepanjang zaman Margaret Court yang memenangi 24 kejuaraan utama.
(Novak Djokovic semasa perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki pada Kejohanan Wimbledon 2023 di Kelab Tenis All England Lawn/ AFP)
Djokovic menewaskan Alcaraz di separuh akhir Terbuka Perancis pada Jun dan pemain Sepanyol itu mengakui tekanan berdepan lawannya, pemain Serbia menyebabkan kekejangan badan yang teruk sehingga menjejaskan prestasinya.
"Saya percaya saya mampu tewaskan Djokovic. Semua orang tahu dia seorang legenda. Saya akan berjuang. Saya percaya diri. Bukan masanya untuk berasa takut, atau letih," kata Alcaraz, 20.
Djokovic percaya pengalamannya dalam perlawanan akhir Slam akan menjadi faktor penting tetapi tetap berhati-hati dengan saingan dari pihak lawan.
“Dia dalam keadaan yang cergas, Dia muda dan sangat bermotivasi.Dia lapar. Saya juga lapar, jadi mari kita buat menjamu selera,” kata Djokovic.
Alcaraz hanya memenangi tujuh perlawanan apabila dia mengalami kekalahan straight set kepada Medvedev di Wimbledon , dua tahun lalu.
Ketika itu, dia berada di ranking ke- 75 dunia, sementara Medvedev berada di tangga kedua.- AFP