fb fb fb fb fb

Fritz, Shelton mara ke suku akhir Terbuka Kanada

Pemain tenis Amerika Syarikat, Taylor Fritz / REUTERS

TORONTO, 4 Ogos - Pilihan kedua, Taylor Fritz dari Amerika Syarikat mengesahkan tempat ke suku akhir Terbuka Kanada ATP Masters 1000 selepas menewaskan pilihan ke-19, Jiri Lehecka dari Republik Czech 7-6 (4), 6-7 (5), 7-6 (5) dalam perlawanan sengit sehingga awal pagi Isnin.

Perlawanan menyaksikan Fritz menyelamatkan kesemua sembilan break point, walaupun gagal memanfaatkan lima peluang sendiri. Pemain Amerika itu juga memiliki kelebihan servis ace 16-6. Fritz akan berdepan Andrey Rublev pada peringkat lapan terbaik.

Seorang lagi pemain Amerika, Ben Shelton turut mara selepas bangkit daripada ketinggalan 5-3 pada set ketiga untuk menewaskan pilihan ke-13, Flavio Cobolli dari Itali 6-4, 4-6, 7-6 (1).

Perlawanan Shelton dan Cobolli berakhir dengan sedikit ketegangan apabila kedua-dua pemain terlibat dalam pertikaman lidah di penghujung aksi, memaksa umpire campur tangan bagi mengawal keadaan. Shelton akan bertemu Alex de Minaur pada suku akhir.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE