LAUDERHILL, 4 Ogos - Pakistan menewaskan West Indies dengan 13 larian dalam perlawanan penentuan di Lauderhill, Florida, sekali gus merangkul kejuaraan siri Twenty20 dengan keputusan 2-1.
Gabungan mantap pembuka inning, Saim Ayub dan Sahibzada Farhan, menghasilkan 138 larian. Ayub mencatat 66 larian daripada 49 bola, manakala Farhan menyumbang 74 larian daripada 53 bola, membantu Pakistan mengumpul 189 larian dengan hanya kehilangan empat wiket.
West Indies cuba bangkit, namun hanya mampu menamatkan saingan dengan 176 larian untuk enam wiket.
Sherfane Rutherford mencuba sedaya upaya dengan 51 larian, tetapi gagal mencapai sasaran.
Pakistan memenangi siri itu 2-1 dan kedua-dua pasukan kini akan beralih ke Caribbean untuk aksi tiga perlawanan One-Day International.-REUTERS