fb fb fb fb fb

Sivasangari mara ke pusingan ketiga Terbuka British 2025

FOTO BRITISH OPEN

KUALA LUMPUR, 3 Jun- Jaguh skuasy wanita negara, S. Sivasangari, melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Terbuka British 2025 selepas mencatatkan kemenangan ke atas wakil India, Ahanat Singh, di Birmingham Repertory Theatre, semalam.

Sivasangari, pemain ranking kelapan dunia, memerlukan masa 45 minit untuk meraih kemenangan 12-10, 9-11, 11-8, 11-7 ke atas Ahanat sekali gus memastikan kemaraan ke peringkat seterusnya.

Di pusingan ketiga nanti, Sivasangari dijadual bertemu pemain pilihan ketujuh kejohanan dari Jepun, Satomi Watanabe, yang mara selepas menewaskan pemain Perancis, Melissa Alves, 11-8, 11-5, 11-1.

Sivasangari kini menjadi satu-satunya wakil wanita Malaysia yang masih meneruskan cabaran di kejohanan tersebut selepas rakan senegara, Aira Azman dan Noor Ainaa Amani Ampandi, tersingkir awal.

Sementara itu, dalam saingan lelaki, pemain utama negara, Ng Eain Yow, turut terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada lawan bukan pilihan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE