fb fb fb fb fb

Sinner raja gelanggang keras, atasi Mannarino di Cincinnati

Foto Reuters

OHIO, 14 Ogos- Pemain nombor satu dunia dan juara bertahan, Jannik Sinner meneruskan misi memburu gelaran sulung ATP Masters 1000 musim ini selepas menundukkan pemain Perancis, Adrian Mannarino, awal pagi tadi.

Perlawanan tersebut berdepan cabaran hujan lebat, menyebabkan perlawanan set kedua tertangguh kira-kira hampir dua jam 45 minit.

Bagaimanapun, pemain Itali berusia 23 tahun itu berjaya menamatkan aksi dengan kemenangan 6-4, 7-6 (4) menerusi penentuan tie-break.

Kejayaan itu sekali gus melanjutkan rekod kemenangan Sinner di gelanggang keras kepada 24 perlawanan berturut-turut.

Sementara itu, pemain Denmark, Holger Rune, turut mara ke suku akhir selepas lawannya, pilihan ke-10 dan pemain pilihan tuan rumah, Frances Tiafoe, terpaksa menarik diri kerana mengalami masalah belakang ketika ketinggalan 6-4, 3-1.

Dalam perkembangan lain, dua perlawanan pusingan ketiga yang tertangguh dan dijadual semula akibat hujan menyaksikan Alexander Zverev dan Ben Shelton melakar kemenangan.

Pilihan ketiga dari Jerman, Zverev menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS) pilihan ke-27, Brandon Nakashima, 6-4, 6-4.

Juara Terbuka Kanada dan pilihan kelima, Shelton, menghiburkan penonton tuan rumah dengan kemenangan 7-6(3), 6-3 ke atas pemain veteran Sepanyol, Roberto Bautista Agut. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM