fb fb fb fb fb

Kalah Piala Super UEFA, Tottenham Hotspur fokus bangkit berdepan Burnley

Foto Reuters

PARIS, 14 Ogos- Pemain Tottenham Hotspur meluahkan kekecewaan selepas melepaskan kelebihan pada minit-minit akhir sebelum tewas kepada Paris Saint-Germain (PSG) menerusi penentuan penalti dalam aksi Piala Super UEFA.

Juara Eropah itu bangkit daripada ketinggalan 0-2 dengan baki lima minit permainan untuk menewaskan juara Liga Europa itu dalam perlawanan dramatik di Warsaw, pada Rabu.

Menurut pemain tengah Spurs, Mohammed Kudus menyifatkan ia adalah pengajaran besar buat pasukan apabila gagal fokus sepanjang 90 minit manakala Djed Spence menggesa Spurs agar lebih "kejam" dan mengekalkan rekod bersih bagi memastikan kemenangan.

"Ini adalah pengajaran besar untuk kekal fokus sepanjang 90 minit, namun saya sangat berbangga dengan etika kerja dan tenaga pasukan kerana saya rasa kami mengawal permainan untuk sebahagian besar perlawanan," kata Mohammed Kudus.

“Pengajaran yang boleh kami ambil adalah apabila sedang mendahului, kami perlu lebih kejam dan cuba mengekalkan rekod bersih. Selagi kami mengekalkan rekod tanpa bolos, kami akan menang atau sekurang-kurangnya seri. Saya fikir itu adalah sasaran utama," kata Djed Spence.

Spurs mendahului menerusi jaringan Micky van de Ven dan Cristian Romero, sebelum pemain gantian PSG, Lee Kang-in merapatkan jurang dengan rembatan cantik pada minit ke-85.

Goncalo Ramos kemudian menyamakan kedudukan menerusi tandukan empat minit selepas masa tambahan.

Penentuan penalti berpihak kepada PSG selepas Nuno Mendes menyempurnakan sepakan penentu.

Sementara itu, Palhinha menyifatkan kekalahan tersebut adalah peringatan dan persediaan aksi Liga Perdana Inggeris berdepan Burnley, Sabtu ini.

“Ia sebahagian daripada bola sepak. Kami sangat sedih, bukan sahaja pemain tetapi semua staf dan penyokong yang hadir.

Namun, kami juga perlu berasa bangga dengan apa yang kami pamerkan sehingga minit ke-80,” kata pemain tengah, Joao Palhinha. - REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM