SHANGHAI, 6 Oktober - Pemain nombor dua dunia, Jannik Sinner menarik diri daripada Kejohanan Masters Shanghai selepas dipercayai mengalami kecederaan kaki.
Wakil Itali itu terpaksa dipapah untuk mendapatkan bantuan perubatan ketika bertarung set penentuan dengan pemain Belanda, Tallon Griekspoor.
Sinner terdahulu menguasai tiebreak set pertama, namun kebangkitan Griekspoor mengheret permainan sehingga set ketiga di tengah-tengah cuaca yang panas.
Perlawanan berlangsung sengit sebelum Sinner tidak lagi berupaya meneruskan permainan dan berdepan kesukaran untuk kembali ke bangkunya.
Pasukan perubatan memberikan bantuan awal dan Sinner terpaksa menamatkan permainan ketika keputusan mencatatkan 6-7(3), 7-5, 3-2.
Keputusan itu bermakna Griekspoor menjadi wakil Belanda pertama mara ke pusingan keempat dan akan berdepan Valentin Vacherot dari Monaco. - REUTERS