fb fb fb fb fb

Sin Li Jane, juarai Terbuka AS

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Pemain boling wanita negara Sin Li Jane melakar sejarah muncul atlet Malaysia pertama memenangi Kejohanan Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) di Royal Pin Woodland, Indianapolis semalam.

Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang merangkul kejuaraan berkenaan selepas menewaskan pemain dari Latvia, Diana Zavjalova 226-214 pada perlawanan akhir stepladder.

Keputusan dicatat itu sekali gus menyaksikan Li Jane menjadi wakil Asia kedua memenangi kejohanan berkenaan selepas Shinobu Saitoh dari Jepun pada tahun 1982.

Kejohanan itu mula diperkenalkan pada 1949 dan pencapaian terbaik pemain boling Malaysia sebelum ini ialah menerusi Datuk Shalin Zulkifli yang menduduki tempat ketiga pada edisi 2008.

Selaku juara, Li Jane membawa pulang hadiah wang AS$60,000 (kira-kira RM282,900) selain jaket hijau kejuaraan dan trofi, manakala naib juara menerima AS$30,000 (kira-kira RM141, 500).

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE