SILVERSTONE, 22 Ogos – Ulang tahun ke-75 Formula Satu (F1) diraikan dengan pameran istimewa melibatkan 34 kereta juara dunia di Litar Silverstone, England, yang pernah menjadi lokasi perlumbaan pertama F1 pada 1950.
Koleksi bernilai ratusan juta pound itu menampilkan kereta legenda seperti Ayrton Senna dan Jackie Stewart, selain idola masa kini termasuk Lewis Hamilton dan juara dunia semasa, Max Verstappen.
Foto Reuters
Menurut kurator Festival Silverstone, Mark Constanduros, hampir 80 peratus kereta yang dipamerkan adalah kereta juara dunia sebenar yang dipandu ketika musim kejuaraan dimenangi.
Pameran bersejarah itu, yang mengambil masa 11 bulan untuk dihimpunkan, dijangka menarik ribuan peminat pada hujung minggu ini sebagai sebahagian daripada Festival Silverstone, acara tahunan yang menghimpunkan lebih 800 perlumbaan dan lebih 100,000 penonton. -REUTERS