Saham Manchester United melonjak 13 peratus mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua bulan selepas beberapa laporan mendedahkan Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani dari Qatar berjaya dalam bidaan membeli kelab itu.
Akhbar tempatan Qatar turut melaporkan Sheikh Jassim, anak kepada bekas Perdana Menteri negara itu bersedia untuk diumumkan sebagai pembida pilihan Manchester United.
Bagaimanapun kelab itu sehingga kini masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.
Media tempatan UK minggu lalu melaporkan Sheikh Jassim, membuat tawaran kelima dan terakhir dengan nilai lebih lima billion pound.
Tawaran itu hadir selepas jutawan Britain Jim Ratcliffe INEOS dilaporkan menambah baik tawarannya pada April.
Saham Manchester United meningkat 53 peratus sejak pemilik kelab dari Amerika, keluarga Glazer mempertimbangkan untuk menjual kelab itu November lalu.