fb fb fb fb fb

Dos Santos Silva Ketua Jurulatih baharu Kelantan United

(FOTO FB KelantanUnitedFC)

KOTA BHARU, 15 Jun-Pengendali berasal dari Brazil, Ailton Dos Santos Silva dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu Kelantan United FC (KUFC) bagi menghadap baki saingan Liga Super Malaysia musim 2023.

Pengarah Eksekutif KUFC, Wan Zul Iman berkata, kehadiran Ailton adalah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas Ketua Jurulatih terdahulu, Tomas Trucha yang sebelum ini telah dilantik ke jawatan ketua jurulatih pasukan pembangunan bawah 23 tahun bagi persaingan Piala MFL.

Ailton sebelum ini pernah melatih dua buah kelab di Liga Thailand sebelum ini.

Bersama Chiangrai United, Ailton berjaya memacu kelab tersebut muncul juara pada musim 2019 mengatasi beberapa kelab besar yang lain setelah mencatatkan 22 kemenangan dan dinobatkan pengurus terbaik untuk musim itu.

Kehadirannya dijangka mampu membantu KUFC yang kini berada di tangga tercorot Liga Super.


(Ketua Jurulatih baharu KUFC, Ailton Dos Santos Silva/FOTO FB KelantanUnitedFC)

Media Baharu