ALOR SETAR, 2 Jun - Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman, KDA FC, Shahrul Samsudin dilaporkan tidak akan bersama pasukan itu musim hadapan.
Ia disahkan menerusi satu kenyataan yang memaklumkan, 31 Mei yang lalu sebagai tarikh akhir beliau berkhidmat.
KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan beliau, sejak hari pertama pasukan dari utara tanah air itu diswastakan.
Dalam pada itu, KDA FC mengumumkan Mohamad Faidhi Mohd Rohdzi sebagai Pengurus Besar baharu pasukan.
Dengan pengalaman luas dan visi yang jelas, Mohamad Faidhi diyakini mampu membawa pasukan itu ke arah yang lebih stabil, konsisten dan progresif.
Skuad Sang Kenari kini dalam persiapan bagi menghadapi saingan Liga A1 musim 2025 / 2026 selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak memberikan lesen kebangsaan kepada kelab tersebut.