fb fb fb fb fb

Karate gagal tambah pingat buat negara

HANGZHOU, 8 Oktober - Secara tidak rasmi kontinjen negara di Temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 mengakhiri acara sukan selepas atlet karate C,  Shahmalarani menamatkan saingan hari ini.

Shahmalarani terkandas pada pusingan 16 terbaik tewas kepada Sara Bahmanyar dari Iran.

Terdahulu, Shahmalarani melepasi pusingan awal selepas menewaskan Saiama Jaman dari Bangladesh dengan keputusan 3-2.

Namun di pusingan berikutnya, Shahmalarani gagal meneruskan rentak kemenangan akur tewas Sara Bahmanyar dengan keputusan 3-7.

Kekalahan ini menyaksikan beliau gagal ke pusingan suku akhir dan repercharge. 

Namun skuad karate telah beraksi cemerlang di Temasya Sukan Asia ini dengan membawa pulang satu emas dan dua perak. 

(Shahmalarani)

Media Baharu