fb fb fb fb fb

Serie A: Gol lewat Pulisic bantu AC Milan terajui liga

(FOTO /www.eurosport.com)

GENOA, 8 Oktober - Gol lewat oleh Christian Pulisic membolehkan AC Milan menang 1-0 ke atas pasukan yang baru dinaikkan liga, Genoa, sekali gus membolehkan AC Milan menerajui liga pada Sabtu.

Pulisic, pemain antarabangsa Amerika Syarikat (AS) itu menjaringkan gol pada minit ke-87 hasil rembatan 'voli' dari luar kotak penalti setelah mendapat hantaran Yunus Musah.

Bagaimana pun, AC Milan terpaksa membayar harga yang mahal bagi kemenangan berkenaan, selepas penjaga golnya, Mike Maignan dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas mengasari pemain lawan pada minit-minit akhir perlawanan.

Ketiadaan penjaga gol itu menyebabkan penyerang AC Milan, Olivier Giroud mengambil alih posisi berkenaan sehingga tamat permainan.

Kesempatan itu diambil Genoa yang hampir-hampir menjaringkan gol menerusi sepakan percuma oleh Albert Gudmundsson yang terkena palang sebelum diselamatkan oleh Giroud.

Sementara itu, pengendali AC Milan, Stefano Pioli berkata perlawanan tersebut menguji keupayaan dan kekuatan mental pasukan.

"Kami sangat bernasib baik pada perlawanan kali ini.

"Kami mempunyai pasukan yang sangat kuat mentalnya dan memberikan segala-gala yang terbaik buat pasukan. Saya berasa bangga dan gembira dengan hal tersebut", kata Pioli kepada DAZN.

Kemenangan tersebut meletakkan AC Milan berkelebihan dua mata di puncak liga setelah seteru ketat mereka, Inter Milan sekadar seri 2-2 menentang Bologna pada Sabtu.-REUTERS


(FOTO www.indosport.com)

Media Baharu