fb fb fb fb fb

Liga Perancis: Monaco unggul di takhta liga

(FOTO AFP)

PARIS, 8 Oktober -Kelab AS Monaco mengungguli persada liga selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas pasukan di tangga ketiga,Reims.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Aguste-Delaune II itu, AS Monaco mendahului perlawanan pada minit ke-42 menerusi Ismail Jakobs menerusi rembatan jarak dekat.

Gol berkenaan merupakan gol pertama peribadi Jakobs sejak menyertai AS Monaco dari Cologne pada 2021.

Bersambung babak kedua, AS Monaco menggandakan jaringan menerusi penyerang Folarin balogun pada minit ke- 46.

AS Monaco terus menambah derita Reims menerusi gol ketiga menerusi tandukan Wissam Ben Yedder pada minit ke-49.

Reims berjaya mendapat gol tunggal menerusi penalti yang disempurnakan Teddy Teuma pada minit ke-57 selepas pertahanan AS Monaco, Christian Matsima menjatuhkan Marshall Munetsi dalam kotak penalti.

AS Monaco kini mendahului liga dengan 17 mata daripada lapan perlawanan mengatasi Nice di tangga kedua.-REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu