fb fb fb fb fb

Bola Sepak Sukan Asia: Korea Selatan pertahankan emas tewaskan Jepun

(FOTO FB KoreaFootballTeam)

HANGZHOU, 8 Oktober - Korea Selatan bangkit sebelum menang ke atas Jepun 2-1 pada perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan Asia pada perlawanan yang berlangsung pada Sabtu.

Kemenangan tersebut membolehkan pasukan digelar 'Pahlawan Taeguk' itu mencipta hatrik apabila memenangi pingat emas kali ketiga berturut-turut.

Pemain Korea Selatan, Cho-Young-Wook menjadi wira selepas menjaringkan gol kemenangan pasukan pada minit ke-56.

Pada perlawanan tersebut, Jepun berjaya mendahului Korea Selatan menerusi gol pembukaan oleh Kotaro Uchino pada minit ke-2 perlawanan.

Korea Selatan menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi Jeong Woo-yeong menjadikan kedudukan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Kemenangan tersebut bermakna kesemua 22 pemain pasukan Korea Selatan mendapat pengecualian daripada terlibat latihan perkhidmatan tentera yang diwajibkan kepada rakyat Korea Selatan yang berusia 18 tahun.

Sementara itu pingat gangsa pula dimenangi oleh pasukan Uzbekistan selepas menewaskan Hong Kong 4-0-REUTERS


(FOTO FB KoreaFootballTeam)

Media Baharu